Skip to main content

Pusat Transformasi OKU USM-MAIK | Kampus Kesihatan

Taska OKU Auliya

PENGENALAN TASKA OKU AULIYA

Taska OKU Auliya [PPM-012-03-13072014] beroperasi di Kubang Kerian di bawah kelolaan Pertubuhan Cakna OKU Kelantan.

Geran pengoperasian Taska OKU Auliya ini telah diberi oleh Kerajaan Malaysia diwakili oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Taska ini mula beroperasi pada 18 Mac 2021.

Taska OKU Auliya merupakan Taska Pertama di universiti Awam dan dikelolakan oleh Pusat Transformasi OKU (PTO) Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM. Kepakaran juga terdiri daripada pakar-pakar perubatan dikalangan warga USM.

Taska mula beroperasi pada musim pendemik kovid menyerang negara. Pelajar yang diterima di taska ini bukan sahaja dari kalangan masyarakat setempat, malah kita juga pernah menerima pelajar dari Rantau Panjang dan juga Tumpat. Hal ini menunjukkan betapa perlunya Taska seumpama ini di setiap daerah di negeri ini.

Pada tahu 2021, Taska ini bermula dengan 16 orang pelajar dan meningkat ke 22 orang pelajar pada tahun 2022. Bermula dari 6 orang pengasuh bertambah ke 8 orang pengasuh pada tahun 2022. Jumlah pelajar dari tahun 2021 hingga 2022 ialah seramai 22 orang.

Taska ini menerima pelajar dari umur 2 tahun sehingga 6 tahun sahaja. Syarat- syarat untuk kanak-kanak diterima masuk ke taska ini ialah perlu ada kad oku dan penilaian dari 2 orang terapis carakerja taska OKU Auliya.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TERDAPAT DI TASKA OKU AULIYA

  1. Bilik Sensori
  2. Sensori Integrasi
  3. Terapi Air
  4. Terapi Haiwan
  5. Sesi One-To-One Bersama Jurupulih Carakerja
  6. Taman Permainan
  7. Aktiviti Kemahiran Halus Dan Kemahiran Kasar
  8. Aktiviti Pengurusan Diri
  9. Hari Bersama Pakar – Doktor, Audiologi, Pertuturan, Pergigian
  10. Hari Sukan Tahunan

VISI

Membina generasi istimewa yang berkemahiran dan berdikari 

MISI

  1. Merancang pertumbuhan dan perkembangan pelatih sejajar dengan usia
  2. Memastikan pelatih mampu mengurus diri 
  3. Melahirkan pelatih yang mampu mengawal sikap dan emosi 

LAPORAN AKTIVITI YANG TELAH DI JALANKAN DI TASKA OKU

  1. Morning walk

taska 1     taska 2

Aktiviti Kemahiran Sensori Sentuhan 

taska 3      taska 4

Aktiviti aqua terapi 

taska 6               taska 5

Sukan Tahunan 2023 

taska 7       taska 8

Aktiviti Kemahiran Motor Halus

taska 9        taska 10

Untuk pendaftaran klik di sini :

1