TENTANG KAMI
LATAR BELAKANG
Pada tahun 2012 sekumpulan kepakaran Terapi Carakerja yang diketuai oleh Dr. Mohd Zulkifli Abd Rahim telah menjalankan projek pemerkasaan OKU bertemakan transformasi OKU di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM.
Rentetan daripada kejayaan projek tersebut, Unit Transformasi OKU telah ditubuhkan pada 7 Ogos 2018 oleh PPSK sebagai pengiktirafan perkhidmatan OKU. Ini juga adalah bagi mengukuhkan model perkhidmatan untuk memperkasakan OKU daripada status "liability" kepada "productivity" sejajar dengan dasar APEX USM.
Usaha ini telah diyakini oleh pihak MAIK lalu menganugerahkan dana sebanyak RM1,000,000 kepada USM dalam usaha untuk menubuhkan Pusat Transformasi OKU (PTO). Pada tahun 2018 juga, bermulanya pembinaan PTO bagi memberi perkhidmatan kepada golongan OKU untuk masyarakat Kelantan.
Oktober 2022 pusat ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - Tengku Temenggong Kelantan iaitu Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz.
Seterusnya pada 8 Disember 2022 pusat ini telah diwartakan sebagai PUSAT PERKHIDMATAN PEMULIHAN INTEGRASI MASYARAKAT UNTUK GOLONGAN OKU oleh Pengarah Hospital USM bagi memberi perkhidmatan kepada golongan OKU di seluruh negeri Kelantan.
MISI
Meneraju dan menjadi platform kepada Universiti Sains Malaysia didalam pengajaran, pembelajaran, perkhidmatan dan penyelidikan berkaitan bidang OKU bagi menaik taraf golongan ini seiring dengan kemajuan negara masa kini.
VISI
Menjadi pemimpin dalam penyelidikan, pengajaran, pembelajaran dan perkhidmatan bidang pemerkasaan OKU.
MOTO
Transformasi masyarakat melalui pengetahuan dan inovasi.
SKOP
- Menjadi platform penyelidikan dan inovasi OKU
- Menyediakan platform pemindahan ilmu kepada institusi pengajian tinggi dan agensi lain.
- Menyediakan pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar USM dan institusi luar.
- Melaksanakan penilaian, menjalankan perkhidmatan dan memberi konsultasi mengikut keperluan pelanggan dari masa ke semasa.
- Menyediakan perkhidmatan penyelesaian masalah OKU menggunakan kepakaran USM.