Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek (VT@USM)
PENGENALAN VT@USM>
Laporan World Health Organisation (WHO) dan World Bank (2011) menganggarkan 15% daripada penduduk dunia terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Jumlah OKU di Malaysia adalah dianggarkan seramai 4.95 juta atau 15% daripada jumlah penduduk Malaysia iaitu 32.7 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2022). Ekoran itu, satu sistem bagi melatih OKU ke alam pekerjaan harus diwujudkan bagi membantu golongan ini mencari pendapatan sendiri dan mampu hidup secara berdikari.
VT@USM adalah program latihan pekerjaan yang dijalankan bagi menyelesaikan masalah pekerjaan dalam kalangan OKU intelek. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2012 menggunakan kepakaran Terapi Carakerja (Occupational Therapy). Pasukan Terapi Carakerja Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) telah membangunkan modul khas VT@USM. Program ini telah berjaya memberi pekerjaan dan mengubah kehidupan lebih 100 orang OKU Intelek di Kelantan dan di Pulau Pinang.
Menurut Butcher & Wilton, 2008; McConkey & Haddock, 2012, masalah menganggur dikalangan OKU Intelek adalah dikategorikan sebagai masalah antarabangsa. Situasi ini juga berlaku di Malaysia. OKU Intelek mengalami cabaran ditempat kerja kerana diskriminasi sedia ada ditempat kerja dan salah anggap masyarakat terhadap mereka (Iconaru & Ciucurel, 2013; Ross 2007).
DEFINISI OKU INTELEK
Istilah ini digunakan untuk menggambarkan individu OKU yang mengalami masalah Intelek .Penggunaan istilah ‘Intellectual Disabilities’ (ID) DSM-5 (The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disoder) untuk menggantikan istilah ‘Mental Retardation’ iaitu dalam DSM-4 dan sebelumnya
Penggunaan istilah ID dalam program VT untuk individu yang dikatakan mempunyai tahap Intelek yang rendah berbanding dengan umur sebenar . Terdapat empat tahap ID yang berbeza ( mild, moderate, severe, profound) mild/ terencat akal sedikit IQ range 50/55-70/75, moderate/ terencat akal sederhana IQ range 35/40- 50/55, severe/ terencat akal teruk IQ range 20/25-35/40 dan profound/ terencat akal amat teruk IQ range 20/25.
OBJEKTIF PROGRAM VT@USM>
- Menyelesaikan masalah lambakan OKU Di PDK & Transformasi Ekonomi OKU
- USM sebagai rujukan utama dalam Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek dengan kepakaran Terapis Carakerja USM dengan kerjasama oleh Job Coah setiap PDK yang terlibat
- Menghasilkan satu modul model jaringan bagi membolehkan OKU Intelek bekerja
KEPENTINGAN PELAKSANAAN VT@USM>
- Pekerjaan sebagai objektif utama setiap program pendidikan
- Pekerjaan juga sebagai objektif utama polisi sesebuah negara
- Sebagai salah satu cara utama dalam meningkatkan status sosio-ekonomi populasi OKU/ PWID
- Impak ketiadaan pekerjaan kepada seseorang individu (kurang keyakinan diri dan tekanan perasaan ( Shamir, 1986)
- Mengikut statistik, OKU masalah pembelajaran/ID dan pengangguran menjadi masalah global termasuk negara Malaysia ( Butcher & Wilton, 2008; McConkey & Haddock, 2012)
Statistik yang dikeluarkan oleh JKM pada tahun 2023 contohnya, menunjukkan bilangan OKU intelek adalah golongan OKU tertinggi yg berdaftar. Sehingga kini, terdapat dua saluran utama bagi penempatan OKU intelek.
PENUTUP
Program VT@USM yang telah dimulakan sejak tahun 2012 telah berjaya memberi impak kepada ramai OKU intelek di Kelantan dan juga Pulau Pinang (bermula pada 2018 melalui pembiayaan geran Knowledge Transfer Program (KTP) dari Kementerian Pendidikan Tinggi) dengan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka. Sebahagian daripada OKU tersebut juga telah menjadi penyumbang utama kepada pedapatan keluarga. VT@USM telah membuktikan keberkesanan program ‘Transformasi OKU’ yang dilaksanakan oleh Pusat Transformasi OKU, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM Kubang Kerian yang telah menukar status golongan OKU daripada ‘liabiliti’ kepada ‘produktiviti’. Semoga VT@USM berterusan dapat memberi manfaat serta mengubah masa depan golongan OKU intelek dan seterusnya, dapat menyumbang kepada produktiviti negara.
Klik dibawah bagi mendaftar ke program kami.