PERTANIAN KOMERSIL OKU INTELEK
Projek Pertanian Komersial yang diusahakan OKU Intelek di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kubang Kerian, Kampus Kesihatan USM menggunakan konsep bengkel terlindung tetapi dijalankan dalam bentuk komersial bagi menjana pendapatan. Bengkel terlindung adalah salah satu kaedah latihan pekerjaan, yang mana pihak penganjur mencari projek / kerja yang sesuai dengan kemampuan OKU. Dalam konteks ini, projek pertanian ini diusahakan dan proses kerja disusun mengikut kebolehan setiap pelatih OKU Intelek.
Projek ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Pertubuhan Cakna OKU Kelantan dan Koperasi Cakna OKU. Manakala kerjasama dengan FAMA juga dibuat untuk memajukan sistem pemasaran hasil pertanian. Projek ini di bantu oleh 3 sukarelawan daripada masyarakat setempat yang menyelia operasi pertanian.
Projek ini berjaya menghasilkan dan menjual produk pertanian seperti baja dan tanah campuran, tanaman pokok betik, bendi, salad serta anak-anak pokok tanaman.
OBJEKTIF
1. Mewujudkan peluang latihan pekerjaan didalam bidang pertanian sekaligus menjana pendapatan kepada golongan OKU
2. Memberi persepsi baru kepada ibubapa dan masyarakat mengenai potensi golongan OKU didalam bidang pekerjaan
3. Menjadikan USM sebagai tempat rujukan bagi perkhidmatan pemulihan orenag kurang upaya di negeri Kelantan didalam bidang latihan pekerjaan
4. Membekal dan menjual tanaman hiasan dan anak benih pokok kepada masyarakat dan pusat nurseri
5. Menghasilkan dan membekal produk-produk pertanian seperti set hidroponik, baja tanaman, tanah campuran dan lain-lain lagi