PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
OBJEKTIF PENDAFTARAN
Pendaftaran OKU adalah bertujuan seperti berikut:
- Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan;
- Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; dan
- Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.
CARA-CARA MEMOHON PENDAFTARAN OKU
PENDAFTARAN BAHARU
Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU dibuat kali pertama.
Permohonan Secara Fizikal (Face to face)
Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:
i. Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) mestilah diisi dengan lengkap, ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
ii. Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
iii. Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.
*Borang permohonan pendaftaran boleh didapati di JKM berdekatan atau boleh dimuat turun melalui pautan Borang_Pendaftaran_OKU_-_BPOKU_Pindaan_2019.pdf (jkm.gov.my)
Permohonan Secara Atas Talian (Online)
Permohonan pendaftaran di atas talian adalah seperti berikut:
- Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) mestilah diisi dengan lengkap melalui pautan ini, sila klik https://oku.jkm.gov.my/myDaftarOku
- Lengkapkan borang di pautan seperti berikut:
- Bahagian A: Biodata pemohon
- Bahagian C: Keizinan Mengeluarkan Maklumat Perubatan (jika pemohon mengalami ketidakupayaan tidak jelas selain kudung kaki/tangan/ibu jari atau mana-mana jari
- Setelah mengisi borang tersebut mestilah dicetak (print)
- Dokumen Pengesahan Pakar Perubatan/Pegawai Perubatan
Bagi OKU yang jelas
- Kudung kaki/tangan/ibu jari atau mana-mana jari
- Tidak memerlukan pengesahan ketidakupayaan
Bagi OKU yang tidak jelas
- Selain daripada yang dinyatakan sebagai OKU jelas
- Dapatkan pengesahan ketidakupayaan dari Pakar Perubatan/Pegawai Perubatan di Klinik/Hospital Kerajaan/Swasta
- Sila hantar borang/dokumen ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdekatan, seperti berikut:
- Borang permohonan (BPPOKU Pindaan 2019) yang telah anda cetak.
- Dokumen pengesahan pakar perubatan (sekiranya OKU yang tidak jelas)
- Salinan Kad Pengenalan Mykad/Mykid
- Gambar berukuran passport bagi pemegang Mykid/surat beranak sahaja.
Catatan: Borang permohonan (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap hendaklah diserahkan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan