Skip to main content

Pusat Transformasi OKU USM-MAIK | Kampus Kesihatan

PROGRAM KESEDARAN AWAL BANTU IBU BAPA KESAN KELEWATAN PERKEMBANGAN ANAK

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Ogos 2026 – Kepentingan pengesanan dan intervensi awal perkembangan kanak-kanak menjadi fokus utama Program Kesedaran Awal Ibu Bapa Asnaf Terhadap Intervensi Awal Perkembangan Anak (0–6 Tahun) yang berlangsung di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra pada 22 Ogos lalu.

784240256 1025588236963329 3863960555019928058 n

Program anjuran Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya Universiti Sains Malaysia – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (PTOKU USM–MAIK) itu disertai 220 peserta terdiri daripada 200 ibu bapa asnaf dan 20 guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

 778972624 1580534993479277 8472805966776373014 n

Para peserta diberi pendedahan mengenai perkembangan kanak-kanak meliputi aspek fizikal, kognitif, bahasa, sosial, emosi dan kemahiran kendiri, selain tanda-tanda awal kelewatan perkembangan serta saluran rujukan dan intervensi yang bersesuaian.

IMG 20260824 WA0041

IMG 20260824 WA0044

Program ini turut memperkenalkan e-Comel iaitu sistem saringan perkembangan kanak-kanak berasaskan web yang boleh digunakan secara percuma bagi membantu ibu bapa mendapatkan gambaran awal status perkembangan anak dan mengenal pasti keperluan penilaian lanjut.

IMG 20260824 WA0043

IMG 20260824 WA0047

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kampus Kesihatan USM dalam membangunkan ekosistem perkhidmatan OKU yang holistik dan bersepadu melalui PTOKU USM–MAIK dengan sokongan MAIK.

IMG 20260824 WA0046

Program ini diharap dapat meningkatkan kepekaan ibu bapa terhadap perkembangan anak dan mendorong tindakan awal sekiranya terdapat tanda-tanda kelewatan supaya kanak-kanak yang memerlukan menerima sokongan serta intervensi yang bersesuaian pada masa yang tepat.

IMG 20260824 WA0045

Hadir merasmikan program ini ialah Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz. Turut hadir ialah Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Dato' Hajah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Mohamad Shukri Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Dato’ Hajah Rohani Ibrahim; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr. Shaiful Bahari Ismail; Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Haji Nik Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato’ Haji Mohd Anis Hussein.

 

Sumber Laporan & Foto: Nurul Husna Rahim

KURSUS ORIENTASI DAN MOBILITI TINGKAT KEMAHIRAN OKU PENGLIHATAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Ogos 2026 –Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya (OKU) Universiti Sains Malaysia – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (PTOKU USM-MAIK) dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan menganjurkan Kursus Orientasi dan Mobiliti (O&M) pada 16 hingga 18 Ogos lalu bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran peserta dalam membantu individu OKU penglihatan secara selamat dan berkesan.

kursus orientasi

 Kursus ini memberi penekanan kepada aspek orientasi, iaitu kebolehan individu memahami persekitaran dan menentukan arah dengan selamat, serta mobiliti yang merangkumi kemahiran bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain secara berdikari atau dengan bantuan yang betul.

kursus orientasi 2

Peserta turut didedahkan kepada pelbagai teknik asas termasuk pra-tongkat, penggunaan tongkat putih dan kaedah membimbing individu OKU penglihatan mengikut prosedur yang betul dan selamat.

kursus orientasi 3

Tiga penceramah daripada National Council for the Blind, Malaysia (NCBM) terlibat dalam pelaksanaan kursus tersebut, iaitu Raja Norsadah Raja Sulaiman, Wong Yoon Loong dan Chin Yew Cheng.

kursus orientasi 4

Ketiga-tiga penceramah berkongsi pengetahuan, pengalaman serta kemahiran praktikal berkaitan O&M, khususnya dalam aspek keselamatan, aksesibiliti dan teknik membantu individu OKU penglihatan secara selamat, yakin dan berkesan.

IMG 20260820 WA0014

Sepanjang kursus, peserta bukan sahaja diberikan pendedahan teori, malah turut menjalani latihan praktikal bagi meningkatkan kefahaman terhadap teknik bimbingan yang berkesan serta cabaran yang dihadapi oleh individu OKU penglihatan dalam kehidupan seharian.

 kursus orientasi 5

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada etika komunikasi, aspek keselamatan serta kaedah memberikan bantuan tanpa menjejaskan maruah dan hak individu OKU penglihatan.

kursus orientasi 6

Para peserta diharap dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh ketika berinteraksi atau menjalankan tugas bersama komuniti OKU penglihatan, sekali gus menyumbang kepada pembentukan persekitaran yang lebih inklusif, prihatin dan menghormati hak setiap individu.

Sumber Laporan & Foto: Nurul Husna Rahim

  • Created on 20 August 2026.

 

PEMEGANG KAD OKU MENIKMATI LEBIH 70 KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN DI SELURUH NEGARA

Ramai yang menyangka Kad OKU hanya untuk tujuan pendaftaran. Hakikatnya, Kad OKU membuka akses kepada pelbagai kemudahan, bantuan dan perkhidmatan yang disediakan bagi menyokong kesejahteraan Orang Kurang Upaya (OKU).

Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai manfaat Kad OKU merupakan langkah penting agar lebih ramai individu yang layak tampil mendaftar dan seterusnya menikmati pelbagai keistimewaan serta kemudahan yang telah disediakan.

📌 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟏 ini memaparkan keistimewaan yang disediakan oleh 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭, antaranya:

✅ Bantuan kewangan mengikut syarat kelayakan

✅ Perkhidmatan institusi pemulihan dan latihan

✅ TASKA OKU

✅ Dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan untuk pemegang Kad OKU.

💡 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚?

Selain JKM, terdapat lebih 70 keistimewaan dan kemudahan yang turut disediakan oleh pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan serta rakan strategik sektor swasta khusus untuk pemegang Kad OKU.

Untuk lebih lanjut https://www.facebook.com/share/p/1C42WWR64p/

 

USM RANGKUL LIMA ANUGERAH UTAMA DI KONVENSYEN KIK HORIZON BARU, UNIVERSITI AWAM 2026

 KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan reputasinya dalam aspek inovasi apabila merangkul lima (5) anugerah utama pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Horizon Baharu Peringkat Universiti Awam Kali Ke-18 Tahun 2026 di Dewan Zulfaqar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kejayaan tersebut diraih dalam persaingan yang menghimpunkan 53 kumpulan KIK daripada universiti awam seluruh negara. Pelbagai projek inovasi berimpak tinggi dipertandingkan menerusi kategori Inovasi Sosial dan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan.

USM menampilkan enam kumpulan yang mewakili Kampus Induk, Kampus Kesihatan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dan Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB). Setiap kumpulan mengetengahkan penyelesaian kreatif yang memberi nilai tambah dalam bidang kecemerlangan penyampaian perkhidmatan, penyelidikan, perkhidmatan kesihatan dan pengurusan organisasi.

Pencapaian lima anugerah utama ini membuktikan keupayaan warga USM menterjemahkan idea inovatif kepada penyelesaian praktikal yang meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta kecekapan proses kerja. Pada masa yang sama, kejayaan berkenaan menyerlahkan budaya kreativiti dan penambahbaikan berterusan yang semakin kukuh dalam kalangan warga universiti.

Penyertaan kontinjen USM mendapat sokongan penuh daripada Naib Canselor, Pendaftar dan barisan pengurusan tertinggi universiti. Sokongan tersebut menjadi pemangkin kepada usaha warga USM untuk terus menghasilkan inovasi berkualiti tinggi yang memberi impak kepada universiti dan komuniti.

Pusat Transformasi Insan (PTI), selaku sekretariat KIK USM, merakamkan penghargaan kepada semua kumpulan yang bertanding, fasilitator, panel pembimbing serta pihak yang menyumbang kepada kejayaan kontinjen USM di pentas kebangsaan.

Kejayaan ini diharapkan dapat menyuntik inspirasi kepada seluruh warga USM untuk terus membudayakan inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan, sekali gus memperkukuh aspirasi universiti dalam memacu kecemerlangan penyampaian perkhidmatan melalui inovasi.

Lebih lanjut:

https://www.facebook.com/USMOfficial1969/posts/usm-rangkul-lima-anugerah-utama-di-konvensyen-kik-horizon-baru-universiti-awam-2/1592352709598139/

 

 

 

 

PROGRAM PELATIH PENGURUSAN PERUNCITAN AEON (AEON RETAIL MANAGEMENT TRAINEE)

Salam Datuk/Tuan/Puan'

AEON akan melaksanakan pengambilan individu OKU bagi Program Pelatih Pengurusan Peruncitan AEON (AEON Retail Management Trainee) yang dijadualkan melapor diri pada bulan September 2026. Pihak AEON membuka peluang pekerjaan kepada calon daripada pelbagai tahap kelayakan akademik serta pelbagai kategoei ketidakupayaan yang bersesuaian dengan kategori pekerjaan.

WhatsApp Image 2026 07 21 at 09.27.39