OTika

OTika adalah Program terapi & kelas pembelajaran khas (berasaskan Terapi Carakerja / Occupational Therapy) kepada anak yang susah fokus ,cepat bosan belajar,lambat membaca walaupun sudah masuk sekolah rendah dan mudah lupa apa yang dipelajari.
OTika membantu dengan menggunakan pendekatan terapi sensori dan pergerakan untuk merangsang fokus anak,serta kaedah pembelajaran menyeronokkan yang disesuaikan mengikut tahap dan individu anak.
Target adalah untuk ibubapa yang mempunyai anak yang lemah membaca dan menulis serta anak bekeperluan khas.
MASALAH UTAMA
-Masih merangkak membaca walaupun sudah darjah 2, 3 atau 4
-Cepat hilang fokus bila belajar
-Mudah bosan walaupun baru mula belajar
-Selalu lupa apa yang baru diajar.
-Tidak nampak perubahan walaupun dah hantar tuisyen.
MANFAAT DAN KELEBIHAN
OTika mengabungkan Terapi Carakerja dengan pembelajaran akademik,modul tidak "one-size-fits-all", fokus kepada perkembangan sebenar anak (bukan sekadar habiskan silibus).
Selain itu antara manfaat utama OTika adalah:
-Anak lebih fokus ketika belajar
-Anak lebih seronok dan tak stress belajar
-Bacaan semakin lancar
-Kurang lupa apa yang dipelajari
-Keyakinan diri anak meningkat
-Ada perkembangan yang konsisten(bukan sekadar sementara)
FAQ
1. Sesuai untuk umur berapa?
Biasanya untuk anak sekolah rendah & anak berkeperluan khas
2. Anak saya dah Darjah 4, masih sesuai?
Ya, lagi cepat mula, lagi baik. Tapi belum terlambat
3. Berapa lama nampak hasil?
Bergantung pada tahap anak, tapi kebanyakan ibu bapa mula nampak perubahan dalam beberapa minggu
4. Ini sama macam tuisyen biasa ke?
Tidak. OTika fokus pada asas (fokus, pemahaman & cara otak belajar), bukan sekadar ulang Latihan
JAMINAN DAN KEPERCAYAAN
Kami faham setiap anak unik.Sebab itu di OTika membuat penilaian awal sebelum kelas bermula.Selain itu modul disesuaikan dengan tahap anak dan ianya fokus kepada perkembangan sebenar bukan sekadar silibus.Kami tidak menjanjikan keaiban overnight tetapi kami komited bantu anak berkembang secara konsisten dan realistik.