INFORMASI LATIHAN PEKERJAAN OKU INTELEK
Pengenalan Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek USM
Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan pengambilan pelatih pertama seramai 3 orang pada siri VT yang pertama dan diteruskan sehingga ke hari ini dengan pengambilan seramai 5 -15 orang OKU setiap tahun. Sehingga tahun 2018, 60 orang OKU Intelek telah berjaya ditukar status dari ‘liabiliti ‘kepada ‘produktiviti’.
Objektif penubuhan VT pada awalnya adalah untuk menyelesaikan isu lambakan OKU tua di PDK yang berdekatan dengan USM.
Manakala matlamat khusus projek VT USM adalah untuk membolehkan OKU Intelek bekerja mengikut kemampuan mereka.
Pelatih membuat latihan pekerjaan mengikut kapasiti dan kebolehan mereka
Menurut Butcher & Wilton, 2008; McConkey & Haddock, 2012, masalah menganggur dikalangan OKU Intelek adalah dikategorikan sebagai masalah antarabangsa. Situasi ini juga berlaku di Malaysia. OKU Intelek mengalami cabaran ditempat kerja kerana diskriminasi sedia ada ditempat kerja dan salah anggap masyarakat terhadap mereka (Iconaru & Ciucurel, 2013; Ross 2007).
Graduan yang telah bekerja bergambar bersama pihak majikan
USM dengan kepakaran Terapi Carakerja telah merangka satu modul lengkap untuk melaksanakan Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek dengan menggunakan model jaringan masyarakat melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Jabatan Tenaga Kerja Negeri dan Majikan-majikan dari syarikat swasta dan kerajaan tempatan.