Skip to main content

Pusat Transformasi OKU USM-MAIK | Kampus Kesihatan

PERTANIAN KOMERSIL OKU INTELEK

Projek Pertanian Komersial yang diusahakan OKU Intelek di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kubang Kerian, Kampus Kesihatan USM menggunakan konsep bengkel terlindung tetapi dijalankan dalam bentuk komersial bagi menjana pendapatan. Bengkel terlindung adalah salah satu kaedah latihan pekerjaan, yang mana pihak penganjur mencari projek / kerja yang sesuai dengan kemampuan OKU. Dalam konteks ini, projek pertanian ini diusahakan dan proses kerja disusun mengikut kebolehan setiap pelatih OKU Intelek. 

Projek ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Pertubuhan Cakna OKU Kelantan dan Koperasi Cakna OKU. Manakala kerjasama dengan FAMA juga dibuat untuk memajukan sistem pemasaran hasil pertanian. Projek ini di bantu oleh 3 sukarelawan daripada masyarakat setempat yang menyelia operasi pertanian. 

Projek ini berjaya menghasilkan dan menjual produk pertanian seperti baja dan tanah campuran, tanaman pokok betik, bendi, salad serta anak-anak pokok tanaman. 

OBJEKTIF

1. Mewujudkan peluang latihan pekerjaan didalam bidang pertanian sekaligus menjana pendapatan kepada golongan OKU

2. Memberi persepsi baru kepada ibubapa dan masyarakat mengenai potensi golongan OKU didalam bidang pekerjaan

3. Menjadikan USM sebagai tempat rujukan bagi perkhidmatan pemulihan orenag kurang upaya di negeri Kelantan didalam bidang latihan pekerjaan

4. Membekal dan menjual tanaman hiasan dan anak benih pokok kepada masyarakat dan pusat nurseri

5. Menghasilkan dan membekal produk-produk pertanian seperti set hidroponik, baja tanaman, tanah campuran dan lain-lain lagi

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PENGENALAN 

Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) atau Community based Rehabilitation (CBR) telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan dimulakan di Malaysia oleh WHO sejak tahun 1980-an.

Program PDK merupakan satu strategi pembangunan komuniti dalam rehabilitasi OKU, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU.

Program PDK dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat dengan disokong oleh perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber tempatan.

Di Malaysia, program ini dijalankan oleh masyarakat setempat dengan bantuan dan seliaan JKM.

Sejarah Penubuhan PDK di USM

Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), USM mengambil initiatif membuka PDK yang pertama di dalam institusi pengajian tinggi awam, di Malaysia, pada tahun April 2014. Ia dijalankan secara sukarela selama dua tahun dari tahun 2014 – 2016, sebelum kelulusan1 penubuhan dan peruntukan geran operasi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diluluskan pada tahun 2016.

Ketua penyelidik projek adalah Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim dan Pengerusi PDK USM Kubang Kerian adalah Prof Madya Dr. Mohamed Saat Ismail. Ahli-ahli projek adalah, Dr. Nik Norliza Nik Hassan, Dr. Edinur Hisham Atan, En.Nurul Azuar Hamzah, Pn. Siti Shaikhah Aziz, Pn. Masliza Yazid, En. Hafifi Hassan dan En. Wan Muhammad Fadhil.

PDK USM Kubang Kerian, USM Kampus Kesihatan (PDK@USM) adalah sebahagian dari projek-projek transformasi OKU, yang dijalankan oleh Unit Transformasi OKU, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM.

Program Transformasi OKU, adalah merujuk kepada pelbagai program yang dijalankan bagi MEMPERKASA OKU dan MENUKAR STATUS OKU dari status ‘liability’ kepada ‘productivity’, iaitu, menjadikan OKU sebagai sumber manusia kepada negara. Mekanisme atau model operasi program memperkasa OKU yang di hasilkan oleh Unit Transformasi OKU, akan di amalkan melalui PDK USM sebagai contoh operasi untuk rujukan, sebelum di kembangkan ke seluruh negara.

PDK 1

Latarbelakang

Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), USM mempunyai pelbagai bidang kepakaran yang berteraskan Sains Kesihatan termasuk kepakaran Occupational Therapy (Terapi Carakerja).   Bidang kepakaran Terapi Carakerja adalah memberi rawatan dan menjalankan program pemulihan agar OKU hidup berdikari walaupun mereka mengalami kecacatan.   Ia dijalankan melalui rawatan terapi dan program pemulihan bagi MEMPERKASA OKU mengikut kemampuan setiap OKU tersebut.

Pekerjaan dan penjanaan pendapatan, adalah aspek utama keberdikarian. Ia adalah pencapaian yang penting bagi setiap OKU untuk memastikan kehidupan yang bermakna dan berkualiti. Pada tahun, 2012, Pasukan Terapi Carakerja dan beberapa orang pensyarah dari pelbagai kepakaran dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan telah memulakan proram-program bagi memperkasa OKU di bawah tema “Transformasi OKU”. Di Malaysia, akses utama kepada anak-anak OKU adalah melalui PDK.

PDK adalah sistem perkhidmatan Pemulihan utama kepada anak-anak istimewa di Malaysia.   Ia di perkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diperkenalkan di Malaysia, sejak tahun 1984. Konsep PDK adalah bagi menyediakan perkhidmatan Terapi dan Pemulihan di peringkat komuniti dengan kerjasama pemimpin masyarakat setempat. PDK adalah berkonsepkan sukarelawan, iaitu kakitangan yang dilantik tidak berasaskan kepada kelulusan dan pengetahuan. Oleh itu, masalah utama perkhidmatan PDK adalah guru-guru PDK kurang pengetahuan dan skil mengenai penjagaan anak-anak istimewa.   PDK juga tidak menetapkan syarat umur kepada pelatih-pelatih OKU. Susulan itu, terdapat lambakan OKU dewasa yang hadir di PDK tanpa halatuju.

Oleh itu, USM sebagai sebagai sebuah universiti yang mempunyai kepakaran berkaitan OKU, mengambil inisiatif menubuhkan PDK dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan kepada anak-anak istimewa di Malaysia.

Penubuhan PDK@USM>

PDK@USM Kubang Kerian di tubuhkan pada tahun 2014, adalah berasaskan kepada kepakaran daripada pelbagai bidang kepakaran pensyarah PPSK dari Program Sains Senaman dan Sukan, Forensik dan Bioperubatan. Kepakaran utama dalam program ini adalah bidang kepakaran Terapi Carakerja (Occupational Therapy), iaitu bidang kepakaran pemulihan OKU bagi menjadikan mereka berdikari, walaupun mereka ada kecacatan.   Kepakaran Terapi Carakerja digunakan bagi merancang dan melaksanakan pemulihan kepada OKU dalam usaha memperkasa anak-anak istimewa dalam aspek penjanaan pendapatan dan pekerjaan.

Prof. Madya Dr. Mohamed Saat Ismail, selaku Pengerusi Program Sains Senaman dan Sukan, pada tahun 2012 telah mengenalpasti masalah di kebanyakan PDK adalah lambakan OKU dewasa kerana tiadanya program latihan OKU yang berstruktur kepada OKU di PDK. Beliau telah menyarankan kepada Pensyarah dan pasukan Terapis Carakerja dari Unit Transformasi OKU untuk mewujudkan satu modul yang bersistematik bagi membantu OKU-OKU dewasa di PDK agar mereka mampu bekerja untuk menyara kehidupan dan mampu untuk hidup berdikari.

Pensyarah Terapi Carakerja, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim dan pasukan Terapi Carakerja PPSK, telah membina inovasi latihan pekerjaan dan inovasi program pertanian komersial bagi mencapai objektif tersebut. Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim, juga mewujudkan program modifikasi khas kerusi roda, sebagai kesinambungan bagi meningkatkan keberdikarian dari aspek mobiliti kepada OKU dan pelatih PDK yang mengalami masalah fizikal. Prof. Madya Dr. Mohamed Saat Ismail bersama Dr. Mohd Zulkifli, juga mewujudkan program pertanian Komersial OKU Intelek sebagai kesinambungan kepada program-program transformasi OKU, bagi memperkasa OKU.

Penubuhan PDK@USM Kubang Kerian adalah berteraskan kepada program Transformasi OKU, iaitu tumpuan kepada memperkasa OKU menjadi sumber manusia kepada negara dan mampu menjana pendapatan.

PDK 2

Aktiviti- Aktiviti yang Dijalankan di PDK@USM>

Aktiviti kehidupan seharian untuk OKU yang belum mampu berdikari dari aspek penjagaan diri, makan, minum, kebersihan dan lain-lain.

 PDK 3PDK 4PDK 5

Aktiviti domestik bagi meningkatkan keupayaan OKU intelek melakukan aktiviti domestik

PDK 6       PDK 7

Aktiviti bengkel terlindung melalui projek pertanian komersil yang dikhaskan untuk OKU yang tidak berdaya saing untuk mendapatkan pekerjaan di pasaran terbuka.

Aktiviti Rumah Ngaji PDK Kubang Kerian

pdk 9pdk 10

Aktiviti Kesenian dan Kebudayaan

pdk 11pdk 12pdk 14

Aktiviti Sukan dan Rekreasi

pdk 15pdk 16

Ringkasan Pencapaian / Penutup

PPDK USM Kubang Kerian, Kampus Kesihatan yang ditubuhkan di PPSK USM, secara sukarela pada tahun 2014, menjadi pemangkin dan tunjang kepada program-program memperkasa OKU yang di jalankan oleh Unit Transformasi OKU PPSK.

Kebanyakan projek yang dijalankan adalah ‘sustainable’, berkembang dan memberi impak yang besar secara jangka panjang kepada kehidupan OKU.

Pembinaan Pusat Transformasi OKU USM-MAIK di PPSK adalah bukti impak program-program Transformasi OKU.

Kejayaan PPDK Kubang Kerian dalam membantu OKU berdikari mengikut kemampuan mereka, adalah model perkhidmatan bagi memperkasa OKU yang sesuai untuk di ‘replicate’ di PDK-PDK lain seluruh negara. Model perkhidmatan yang dihasilkan ini adalah inovasi perkhidmatan, bersesuaian dengan status universiti, yang menghasilkan model perkhidmatan bagi menyelesaikan masalah masyarakat.

Diharap agar model perkhidmatan ini dapat diperluaskan keseluruh Malaysia dan menjadi polisi perkhidmatan PDK di seluruh negara. Kejayaan ini adalah hasil komitmen dan usaha yang tidak pernah jemu dari pelbagai kepakaran di PPSK bersama menggunakan kepakaran Terapi Carakerja dari Unit Transformai OKU PPSK.

Dengan bantuan dan sokongan pemulihan yang bersistematik OKU mampu hidup berdikari dan mampu membantu ekonomi keluarga mereka. PPDK Kubang Kerian bersama Pusat Transformasi OKU USM-MAIK, Pusat Pengajian Sains Kesihatan telah membuktikan bahawa OKU bukan lagi bebanan malah menjadi kekuatan kepada keluarga mereka. Semoga usaha murni yang dijalankan di PPDK Kubang Kerian bersama Pusat Transformasi OKU USM-MAIK akan mendapat sokongan dari pihak tertinggi universiti dan dapat diteruskan demi kelestarian transformasi ekonomi dikalangan OKU.

Kami di Pusat Transformasi OKU USM-MAIK Pusat Pengajian Sains Kesihatan sangat komited untuk merancang dan membangunkan PPDK Kubang Kerian sebagai PDK contoh di Malaysia dalam memberi rawatan pemulihan secara menyeluruh dan membolehkan semua OKU mampu berdikari mengikut tahap kemampuan mereka. Bukan sahaja berdikari dalam menguruskan diri sendiri malah berdikari dalam mencari pendapatan bagi menampung kehidupan mereka dan keluarga mereka yang akan membolehkan OKU menyumbang kepada ekonomi Negara.

Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek akan menghasilkan KIT Latihan Lengkap Program VT @USM bagi membolehkan program ini disebarluaskan keseluruh Negara. Dengan adanya KIT Lengkap VT@USM semua guru-guru PPDK atau guru pendidikan khas boleh belajar langkah-langkah yang perlu diambil dalam melatih OKU kealam pekerjaan. Diharap VT@USM akan dikenali oleh seluruh pelusok Malaysia dan menjadi pakar rujuk kepada mana-mana negeri yang memerlukan bantuan untuk melaksanakn projek VT ini.

Untuk mendaftar bersama kami? Boleh klik link di bawah :

1

MODIFIKASI KHAS KERUSI RODA USM-RICD

WC 1

PENGENALAN 

Sejak tahun 2013, Projek Modifikasi Khas Kerusi Roda telah dijalankan oleh Pusat Transformasi OKU USM-MAIK, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dengan kerjasama Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM). Projek ini dijalankan dengan kerjasama Rajanagarindra Institute of Child Development (RICD), Chiang Mai, Thailand yang mana pihak RICD akan membekalkan kerusi roda kepada USM untuk diagihkan kepada pemohon-pemohon OKU di Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap negeri yang terlibat.

WC 2

Kerusi roda yang dibekalkan adalah mengikut saiz pesakit. Keistimewaan program ini adalah kerusi roda yang akan dibekalkan, terlebih dahulu akan dinilai dan dibuat modifikasi bagi memastikan ia sesuai dengan keperluan dan keadaan penerima OKU. Pusat Modifikasi Kerusi Roda USM-RICD adalah pusat di bawah Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. Pusat Modifikasi ini adalah sebuah pusat yang menyediakan servis alat bantuan seperti kerusi roda kepada pesakit lumpuh atau kecacatan kekal.

USM dan RICD telah menandatangani perjanjian MOU pada tahun 2012 untuk bekerjasama dalam pemberian kerusi roda kepada USM. USM dipelopori oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) yang dimana telah diketuai oleh Dato prof Dr. Susie See di Kampus Penang USM. Projek ini bermula apabila Dr. Mohd Zulkifli telah di anugerahkan Geran KTP dari Kementerian Pelajaran pada tahun 2014. Maka dengan adanya geran ini,Pembentukan Pasukan Kerusi Roda USM-RICD telah diwujudkan pada tahun 2014 dan kini pusat kerusi roda USM telah mempunyai bengkel baikpulih kerusi roda sendiri.

Objektif Projek

  1. Menyediakan pusat khidmat untuk pesakit yang memerlukan kerusi roda.
  2. Membekalkan kerusi roda yang dimodifikasi khas untuk
  3. Perunding cara kepada pengguna atau yang memerlukan kerusi

WC 3       WC 4

Sila klik di bawah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kerusi roda kami.

1

 

Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek (VT@USM)

tamat latihan

PENGENALAN VT@USM>

Laporan World Health Organisation (WHO) dan World Bank (2011) menganggarkan 15% daripada penduduk dunia terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Jumlah OKU di Malaysia adalah dianggarkan seramai 4.95 juta atau 15% daripada jumlah penduduk Malaysia iaitu 32.7 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2022). Ekoran itu, satu sistem bagi melatih OKU ke alam pekerjaan harus diwujudkan bagi membantu golongan ini mencari pendapatan sendiri dan mampu hidup secara berdikari.

vt 2

VT@USM adalah program latihan pekerjaan yang dijalankan bagi menyelesaikan masalah pekerjaan dalam kalangan OKU intelek. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2012 menggunakan kepakaran Terapi Carakerja (Occupational Therapy). Pasukan Terapi Carakerja Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) telah membangunkan modul khas VT@USM. Program ini telah berjaya memberi pekerjaan dan mengubah kehidupan lebih 100 orang OKU Intelek di Kelantan dan di Pulau Pinang.

Menurut Butcher & Wilton, 2008; McConkey & Haddock, 2012, masalah menganggur dikalangan OKU Intelek adalah dikategorikan sebagai masalah antarabangsa. Situasi ini juga berlaku di Malaysia. OKU Intelek mengalami cabaran ditempat kerja kerana diskriminasi sedia ada ditempat kerja dan salah anggap masyarakat terhadap mereka (Iconaru & Ciucurel, 2013; Ross 2007).

vt 3

DEFINISI OKU INTELEK

Istilah ini digunakan untuk menggambarkan individu OKU yang mengalami masalah Intelek .Penggunaan istilah ‘Intellectual Disabilities’ (ID) DSM-5 (The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disoder) untuk menggantikan istilah ‘Mental Retardation’ iaitu dalam DSM-4 dan sebelumnya

Penggunaan istilah ID dalam program VT untuk individu yang dikatakan mempunyai tahap Intelek yang rendah berbanding dengan umur sebenar . Terdapat empat tahap ID yang berbeza ( mild, moderate, severe, profound) mild/ terencat akal sedikit IQ range 50/55-70/75, moderate/ terencat akal sederhana IQ range 35/40- 50/55, severe/ terencat akal teruk IQ range 20/25-35/40 dan profound/ terencat akal amat teruk IQ range 20/25.

OBJEKTIF PROGRAM VT@USM>

  • Menyelesaikan masalah lambakan OKU Di PDK & Transformasi Ekonomi OKU
  • USM sebagai rujukan utama dalam Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek dengan kepakaran Terapis Carakerja USM dengan kerjasama oleh Job Coah setiap PDK yang terlibat
  • Menghasilkan satu modul model jaringan bagi membolehkan OKU Intelek bekerja

KEPENTINGAN PELAKSANAAN VT@USM>

  • Pekerjaan sebagai objektif utama setiap program pendidikan
  • Pekerjaan juga sebagai objektif utama polisi sesebuah negara
  • Sebagai salah satu cara utama dalam meningkatkan status sosio-ekonomi populasi OKU/ PWID
  • Impak ketiadaan pekerjaan kepada seseorang individu (kurang keyakinan diri dan tekanan perasaan ( Shamir, 1986)
  • Mengikut statistik, OKU masalah pembelajaran/ID dan pengangguran menjadi masalah global termasuk negara Malaysia ( Butcher & Wilton, 2008; McConkey & Haddock, 2012)

Statistik yang dikeluarkan oleh JKM pada tahun 2023 contohnya, menunjukkan bilangan OKU intelek adalah golongan OKU tertinggi yg berdaftar. Sehingga kini, terdapat dua saluran utama bagi penempatan OKU intelek.

carta vt

PENUTUP

Program VT@USM yang telah dimulakan sejak tahun 2012 telah berjaya memberi impak kepada ramai OKU intelek di Kelantan dan juga Pulau Pinang (bermula pada 2018 melalui pembiayaan geran Knowledge Transfer Program (KTP) dari Kementerian Pendidikan Tinggi) dengan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka. Sebahagian daripada OKU tersebut juga telah menjadi penyumbang utama kepada pedapatan keluarga. VT@USM telah membuktikan keberkesanan program ‘Transformasi OKU’ yang dilaksanakan oleh Pusat Transformasi OKU, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM Kubang Kerian yang telah menukar status golongan OKU daripada ‘liabiliti’ kepada ‘produktiviti’. Semoga VT@USM berterusan dapat memberi manfaat serta mengubah masa depan golongan OKU intelek dan seterusnya, dapat menyumbang kepada produktiviti negara.

Klik dibawah bagi mendaftar ke program kami. 

1

PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

OBJEKTIF PENDAFTARAN


Pendaftaran OKU adalah bertujuan seperti berikut:

  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan;
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; dan
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka. 

CARA-CARA MEMOHON PENDAFTARAN OKU


PENDAFTARAN BAHARU

Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU dibuat kali pertama. 

Permohonan Secara Fizikal (Face to face)

Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:
i.          Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) mestilah diisi dengan lengkap, ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC)  sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
ii.         Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
iii.        Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.

*Borang permohonan pendaftaran boleh didapati di JKM berdekatan atau boleh dimuat turun melalui pautan Borang_Pendaftaran_OKU_-_BPOKU_Pindaan_2019.pdf (jkm.gov.my)

Permohonan Secara Atas Talian (Online)

Permohonan pendaftaran di atas talian adalah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) mestilah diisi dengan lengkap melalui pautan ini, sila klik https://oku.jkm.gov.my/myDaftarOku
  2. Lengkapkan borang di pautan seperti berikut:
  3. Bahagian A: Biodata pemohon
  4. Bahagian C: Keizinan Mengeluarkan Maklumat Perubatan (jika pemohon mengalami ketidakupayaan tidak jelas selain kudung kaki/tangan/ibu jari atau mana-mana jari
  • Setelah mengisi borang tersebut mestilah dicetak (print)
  1. Dokumen Pengesahan Pakar Perubatan/Pegawai Perubatan

Bagi OKU yang jelas

  • Kudung kaki/tangan/ibu jari atau mana-mana jari
  • Tidak memerlukan pengesahan ketidakupayaan

Bagi OKU yang tidak jelas

  • Selain daripada yang dinyatakan sebagai OKU jelas
  • Dapatkan pengesahan ketidakupayaan dari Pakar Perubatan/Pegawai Perubatan di Klinik/Hospital Kerajaan/Swasta
  1. Sila hantar borang/dokumen ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdekatan, seperti berikut:
  2. Borang permohonan (BPPOKU Pindaan 2019) yang telah anda cetak.
  3. Dokumen pengesahan pakar perubatan (sekiranya OKU yang tidak jelas)
  4. Salinan Kad Pengenalan Mykad/Mykid
  5. Gambar berukuran passport bagi pemegang Mykid/surat beranak sahaja.

 

Catatan: Borang permohonan (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap hendaklah diserahkan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan