Kami menyediakan servis berikut untuk keperluan OKU
1. Penyedia Kursus Latihan berkaitan OKU
2. Penyelaras bagi modul pemerkasaan OKU
SELAMAT DATANG KE PUSAT TRANSFORMASI OKU USM-MAIK
Pada tahun 2012 sekumpulan kepakaran Terapi Carakerja yang diketuai oleh Dr. Mohd Zulkifli Abd Rahim telah menjalankan projek pemerkasaan OKU bertemakan transformasi OKU di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM.
Rentetan daripada kejayaan projek tersebut, Unit Transformasi OKU telah ditubuhkan pada 7 Ogos 2018 oleh PPSK sebagai pengiktirafan perkhidmatan OKU. Ini juga adalah bagi mengukuhkan model perkhidmatan untuk memperkasakan OKU daripada status "liability" kepada "productivity" sejajar dengan dasar APEX USM.
Usaha ini telah diyakini oleh pihak MAIK lalu menganugerahkan dana sebanyak RM1,000,000 kepada USM dalam usaha untuk menubuhkan Pusat Transformasi OKU USM-MAIK. Pada tahun 2018 juga, bermulanya pembinaan Pusat Transformasi OKU USM-MAIK bagi memberi perkhidmatan kepada golongan OKU untuk masyarakat Kelantan.
Oktober 2022 pusat ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - Tengku Temenggong Kelantan iaitu Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz.
Seterusnya pada 8 Disember 2022 pusat ini telah diwartakan sebagai PUSAT PERKHIDMATAN PEMULIHAN INTEGRASI MASYARAKAT UNTUK GOLONGAN OKU oleh Pengarah Hospital USM bagi memberi perkhidmatan kepada golongan OKU di seluruh negeri Kelantan.