Independent Living Centre
Independent Living Centre (ILC@USMKK) merupakan pusat yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran hidup berdikari, pemulihan berfungsi dan peningkatan kualiti hidup individu berkeperluan khas, khususnya golongan OKU dan individu yang memerlukan sokongan berdikari.
Berperanan sebagai platform latihan, intervensi dan inovasi berasaskan pendekatan multidisiplin yang merangkumi aspek:
- Kemahiran hidup berdikari (aktiviti harian / ADL)
- Pemulihan dan perkembangan fungsi hidup
- Intervensi berasaskan komuniti dan keluarga
- Pembangunan modul, latihan dan inovasi sokongan kendiri
PERKHIDMATAN
Bantuan kehidupan dan latihan berdikari OKU, merangkumi:
- Urusan di pusat perubatan (temujanji, pendaftaran dan komunikasi asas)
- Pembelian keperluan asas rumah
- Urusan di agensi kerajaan dan swasta
- Fungsi pekerjaan dan peranan harian (ekonomi, prestasi sekolah, pengurusan rumah tangga dan sosial)
Menjadi rujukan, mentor dan sokongan emosi kepada OKU yang seangkatan
Membantu menenangkan klien serta berkongsi pengalaman berdikari
Untuk maklumat lanjut hubungi: