Skip to main content

Pusat Transformasi OKU USM-MAIK | Kampus Kesihatan

PTOKU USM-MAIK JADI TUMPUAN LAWATAN DELEGASI JTM, FOKUS PEMBANGUNAN TENAGA KERJA OKU

 

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 September 2025 – Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya Universiti Sains Malaysia – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (PTOKU USM-MAIK) menerima kunjungan seramai 45 orang delegasi dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang diketuai Ketua Pengarah, Datuk Rospiagos Taha, hari ini.

1000180134

1000180136

Turut serta dalam rombongan ini ialah para Pegawai Kanan JTM dan Pengarah dari 33 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) seluruh Malaysia bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang latihan kemahiran serta pembangunan tenaga kerja inklusif.

1000180138

1000180140

Delegasi lawatan diberi taklimat mengenai fungsi, peranan utama dan latihan yang disediakan di PTOKU USM-MAIK oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak yang mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM.

1000180142

1000180144

Selain itu, delegasi juga dibawa melawat sekitar PTOKU USM-MAIK termasuk bengkel modifikasi khas kerusi roda, makmal simulasi pekerjaan OKU intelek (VT@USM>) serta pelbagai perkhidmatan sokongan yang ditawarkan.

1000180148

1000180146

Lawatan ini disifatkan signifikan kerana membuka ruang kepada pelaksanaan beberapa inisiatif bersama termasuklah program ‘Train and Place’ berasaskan modul USM, pemodenan kurikulum latihan, peningkatan peluang pekerjaan untuk OKU serta perluasan agenda pendidikan dan pekerjaan inklusif.

Kerjasama ini diharap dapat menjadi model rujukan nasional dalam usaha memperkasakan agenda transformasi OKU, seiring dengan aspirasi Dasar OKU Negara dan prinsip Agenda Pembangunan Mampan (SDG): ‘Leave No One Behind’.