Unit Transformasi OKU ditubuhkan pada 7 Ogos 2018 bertujuan untuk menyediakan model perkhidmatan OKU bagi memperkasakan OKU daripada status "liability" kepada "productivity". Kami juga bersedia menjadi platform pembelajaran, penyelidikan dan menjadi pusat sumber dan rujukan didalam bidang OKU kepada pelajar USM khasnya dan kepada orang awam umumnya.