Sekitar program Unit Tranformasi OKU bersama Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Kompleks Pentadbiran HUSM, USM Kampus Kesihatan pada 6 Mac 2021. Unit Transformasi OKU telah mengetengahkan produk kerusi roda yang boleh di ubahsuai mengikut kesesuaian pengguna. Selain itu 2 orang OKU dibawah didikan Unit Transformasi OKU telah bertemu mata dengan beliau dan memperkenalkan produk-produk mereka dalam memperkasakan kehidupan mereka.
Apa yang dibanggakan YB Dato' Seri sempat merasai keenakan kueh yang disediakan oleh anak Autism kami iaitu Farid.
Manakala Najmi anak OKU Masalah Pembelajaran tampil dengan membuat pameran produk pertanian beliau iaitu Bio-Growth. Semoga satu hari anak-anak OKU kita semua mampu menjadi usahawan berjaya setanding masyarakat normal yang lain.
Disamping itu, dengan kemahiran dan kepakaran yang ada di Unit Transformasi OKU, warga OKU dapat menikmati kemudahan alatan pergerakan seperti kerusi roda yang selesa dan sesuai dengan kondisi setiap pengguna. Kerusi roda ini dapat dimodifikasi mengikut jenis kecacatan mereka dan seterusnya mereka dapat berdikari sepenuhnya dalam bergerak.
Pasukan kuat Unit Transformasi OKU